Diploma ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukkan pengetahuan membuat dan merekabentuk serta anggaran kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan-peralatan ujian dan perlindungan pepasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan. Disamping itu juga membuat pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem pneumatik / elektropneumatik dan sebagainya.Tempoh pengajian adalah 3 tahun (6 semester) .Syarat kemasukan mestilah lulus SPM / SPM(V) atau setaraf dengannya dan mendapat TIGA (3) Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu; dan Dua (2) Subjek lain.

 

 

Pembantu Teknik, Pembantu Jurutera atau juruteknik kanan. Lebih tertumpu kepada penyeliaan,pembaikan kerosakan, pemasangan litar dan peralatan elektrik serta perancangan sesuatu projek.

 

* Penajaan

PTPTN, Yayasan Negeri, TAPEM, KWSP, SOCSO

 
 
SEMESTER 1
SEMESTER 2

SEMESTER 3

Matematik 1, Sains Kejuruteraan 1, Bahasa Inggeris 1, Lukisan Kejuruteraan Elektrik, Bahasa Kebangsaan & Teknologi Bengkel

Matematik 2, Sains Kejuruteraan 2,Bahasa Inggeris 2, Pepasangan Elektrik 1,Kemahiran Komputer,Teori Litar 1 & Analog Elektronik 1

Pengautomatan Industri, Kawalan Motor Elektrik 1, Analog Elektronik 2, Digital Elektronik 1, Pengajian Malaysia, & Lukisan Kejuruteraan Elektrik Berbantu Komputer

 

SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6

Mikropemproses, Digital Elektronik 2, Teknologi Elektrik , Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Kawalan Motor Elektrik 2 & Kawalan Automasi 1

Akta dan Peraturan Elektrik,Pepasangan Elektrik 2, Kawalan Automasi 2, Teori Litar 2, Elektrik Kuasa & Siswa Niaga

Latihan Industri