Dip. Teknologi Seni Teater

Seni adalah pengajian ke arah pencetusan bidang seni yang baru dan memperbaiki bidang seni yang sedia ada. Pengajian ini menggabungkan unsure-unsur seni, pendekatan kogninitf, penggunaan teknologi terkini bagi memperkayakan bidang seni lakon, kebudayaan dan muzik. Kursus ini memberi kemahiran kepada pelajar dalam menerokai ide-ide baru untuk mengukuhkan dan memperkembangkan lagi elemen-elemen tarikan serta pengaruh dalam persembahan pelbagai bidang seni khususnya penulisan kreatif, seni lakon dan seni muzik. Dengan pendedahan dalam bidang teater, arahan dan lakonan, penulisan skrip, penggubahan lagu, penulisan lirik, penerbitan muzik seta pengunaan peralatan audio-visual, pelajar-pelajar akan dibimbing untuk menghasilkan penciptaan baru dalam persembahan seni yang mereka minati.

Hasil Pembelajaran (Program Outcome)
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

  • PO1 Pelajar mampu untuk menyampaikan dan menggunakan pengetahuan seni persembahan dalam bidang Seni Teater
  • PO2 Pelajar mampu mengaplikasikan seni gunaan dalam Seni Teater
  • PO3 Pelajar berupaya melahirkan idea dari perspektif yang lain.
  • PO4 Pelajar berkebolehan membuat penyelidikan (R&D) yang berterusan dalam Seni Teater
  • PO5 Pelajar berkebolehan berkomunikasi dengan yakin dan berkesan
  • PO6 Pelajar menghasilkan karya dengan bertindakbalas dengan persekitaran sekeliling
  • PO7 Pelajar boleh bekerja secara individu dan kumpulan
  • PO8 Pelajar mampu menyokong kepada multi-disiplin dan melahirkan usahawan

Syarat Kemasukan
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran matapelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Dua subjek lain

Perlaksanaan
Program dijalankan secara sepenuh masa

Tempoh Pengajian
Program: Diploma.
Tempoh Minimum Semester: 3 tahun atau 6 semester.
Tempoh Maksimum Semester: 5 tahun atau 10 semester.

Tatacara Pengajian
Kaedah pengajaran melalui bilik kuliah, tutorial dan latihan amali.

Pengendalian Kuliah Dan Akademik
Kolej Yayasan Melaka akan mengendalikan sepenuhnya dalam aspek pentadbiran, pengurusan akademik, pengambilan pelajar dan promosi.

Bahasa Pengantar
Calon-calon akan melalui proses pembelajaran dengan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Sesi Pengambilan
Sesi pengambilan pelajar-pelajar baru pada setiap tahun adalah pada :

  • Januari
  • Julai

Skema Pengajian
Skema pengajian mengikut semester: Klik disini

 

Anda Adalah Pelawat Ke-

Sejak 31 January 2008