Introduction

Latarbelakang
Seni dan komunikasi adalah merupakan satu keperluan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita seharian. Pengaruh seni dan komunikasi amat ketara dan keduanya akan terus berkembang mengikut kemajuan teknologi. Melalui kedua bidang ini sedikit sebanyak ia akan membantu mengubah cara kita mengekspresi diri kita, cara kita berkomunikasi, cara kita membantu sesuatu, berfikir tentang sesuatu dan berinteraksi dengan dunia sekeliling kita. Perkembangan ini memerlukan pendekatan yang tersendiri, yang mengambil kira pengadunan disiplin-disiplin ilmu yang relevan, kearah melahirkan inovasi produk yang lebih bermakna dan media bagi Kolej yayasan Melaka. Penubuhan ini telah dilakukan selepas mendapat kelulusan lembaga pengarah Kolej Yayasan Melaka pada 16 Januari 1999. Sekolah ini mempunyai segala elemen pengkajian, rekacipta dan pengunaan kreatif dalam teknologi media dijadikan sebagai konsep teras bidang pengajian yang ditawarkan. Sekolah ini juga diharapkan dapat dijadikan medan yang sesuai kepada perkembangan disiplin ilmu dan kemahiran dalam bidang seni serta komunikasi selari dalam perkembangan era teknologi maklumat dan cabaran alaf baru.

Falsafah
Sekolah Teknologi Media dan Seni ditubuhkan untuk menawarkan pendidikan media dan seni yang lebih luas berpandukan kepada keperluan gunatenaga negara. Pendekatan yang akan digunakan bagi tujuan ini adalah bercorak :

  • Pendekatan pelbagai disiplin. Ini diamalkan di dalam semua kursus kerana media dan seni adalah mata pelajaran yang melibatkan beberapa disiplin;
  • Pendekatan pendidikan liberal. Walaupun para pelajar membuat pengkhususan di dalam bidang tertentu, mereka perlu juga mengambil kursus-kuesus asas yang ditawarkan oleh Kolej ini; dan
  • Penyepaduan kursus-kursus teori dan amali. Keperluan untuk latihan amali adalah asas di dalam pengajian media dan seni. Pelajar-pelajar yang mengikutinya akan mengalami pembelajaran melalui amalan.