|
Diploma Teknologi Media
Pengajian dalam bidang teknologi media ini akan menggabungkan bidang penyiaran, kewartawanan, periklanan dan perhubungan awam. Bidang-bidang ini nanti akan menjadi pengkhususan di bawah Diploma Teknologi Media. Pengkhususan ini diharapkan akan dapat mementapkan lagi perkembangan dunia teknologi media dan teknologi maklumat. Kursus ini nanti akan mendedahkan para pelajar untuk mengkaji teknik-teknik persembahan di dalam bidang penyiaran iaitu video dan audio, kewartawanan, perhubungan awam dan periklanan. Dalam kursus ini para pelajar berpeluang membina kemahiran yang khusus untuk mengadun kesemua bidang ilmu tersebut untukmerekacipta persembahan yang menarik dalam penggunaan media yang bersesuaian dan berteknologi digital.
Kemahiran ini melibatkan manipulasi elemen-elemen klip video, muzik dan suara, kesan-kesan khas, teknik-teknik suntingan video dan audio, penulisan skrip, pengarahan, penerbitan, penggunaan teknologi terkini dalam bidang audio-visual, penerbitan majalah dan akhbar, perunding perhubungan awam dan periklanan. Kemahiran ini amat berguna untuk kerjaya dalam pelbagai bidang multimedia, industri penyiaran televisyen dan radio, periklanan, teknologi pendidikan, kewartawanan, perhubungan awam, hiburan dan keusahawanan.
Hasil Pembelajaran (Program Outcome)
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
- PO1 Pelajar dapat menguasai bidang media termasuk penyiaran, kewartawanan, periklanan dan perhubungan awam.
- PO2 Pelajar mahir menggunakan peralatan teknologi media serta menguasai kemahiran penerbitan media.
- PO3 Pelajar dapat mengeluarkan idea dan menganalisa maklumat.
- PO4 Pelajar dapat menguasai dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam kerjaya mereka.
- PO5 Pelajar dapat berinteraksi dan bekerjasama dalam projek.
- PO6 Pelajar boleh menggunakan media sebagai alat untuk melaksanakan tanggungjawab sosial.
- PO7 Melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan professional terhadap kerjaya.
- PO8 Pelajar dapat membina kerjaya sendiri.
Syarat Kemasukan
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris, dan
- Satu subjek lain
Perlaksanaan
Program dijalankan secara sepenuh masa
Tempoh Pengajian
Program: Diploma.
Tempoh Minimum Semester: 3 tahun atau 6 semester.
Tempoh Maksimum Semester: 5 tahun atau 10 semester.
Tatacara Pengajian
Kaedah pengajaran melalui bilik kuliah, tutorial dan latihan amali.
Pengendalian Kuliah Dan Akademik
Kolej Yayasan Melaka akan mengendalikan sepenuhnya dalam aspek pentadbiran, pengurusan akademik, pengambilan pelajar dan promosi.
Bahasa Pengantar
Calon-calon akan melalui proses pembelajaran dengan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Sesi Pengambilan
Sesi pengambilan pelajar-pelajar baru pada setiap tahun adalah pada :
Skema Pengajian
Skema pengajian mengikut semester: Klik disini
|
Anda Adalah Pelawat Ke-
Sejak 31 January 2008 |