Kejayaan

Selain kecemerlangan akademik, KYM juga mencapai kejayaan yang membanggakan dalam bidang-bidang lain. Misalnya;

Festival Filem & Video Pelajar Malaysia 2007
FFVPM Ke-5 diadakan di Kompleks Dewan Kuliah dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Berlangsung dari 29 Disember 2007 sehingga 6 Januari 2008.Sekolah Teknologi Media dan Seni telah berjaya meraih dua kemenangan dalam kategori Anguerah Khas Juri dan Anugerah Iklan/ Promo terbaik.

 

Program Siaran Langsung Bicara Siswa
Pada tahun 2006, KYM telah menjadi tuan rumah dalam Program Siaran Langsung Bicara Siswa.

 

Festival Filem Pelajar 2005.
KYM telah menempa kejayaan demi kejayaan. Pada tahun 2005, KYM telah memenangi tempat pertama kategori Promo/ Iklan Terbaik di Festival Filem Pelajar di Universiti Sains Malaysia.

 



Festival Filem Pelajar 2004.
KYM telah memenangi beberapa kategori termasuklah : Kategori Filem / Video Khidmat Masyarakat Terbaik, Kategori Filem / Video Dokumentari Terbaik dan Kategori MCP Terbaik. Malah yang lebih membanggakan KYM telah dipilih sebagai Juara Keseluruhan Festival Filem Pelajar pada tahun tersebut.

 

Citrawarna Malaysia.
KYM juga turut menyertai jemputan khas Citrawarna Malaysia pada 2003 sehingga 2006.

 

Forum Perdana.
Pada tahun 2003, KYM menganjurkan Forum Perdana dengan kerjasama RTM.

 

Malaysian Animation Festival 2000
KYM telah berjaya menganjurkan Malaysian Animation Festival pada tahun 2000.