Galeri Seni Teater

Gejolak.
Sebuah pementasan pelajar bagi penilaian akhir untuk subjek Dip.Tek. Media dan Dip. Tek. Seni .Subjek yang dinilai adalah seperti Teknik Asas Lakon, Teknik Asas Pengarahan, Teaterikal, Pengurusan Produksi Seni, Teknik Pengcahayaan, Teknologi dan Rekabentuk Pentas.

Dipentaskan di dua tempat iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah dan di Kolej Yaysan Melaka sendiri. Pementasan di kedua-dua tempat ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kelainan yang dipersembahkan.


Gejolak di Utusan Malaysia
Klik Disini

 

Pegawai Khalwat.
Penilaian awal untuk pelajar yang mengambil subjek Teknik Asas Lakon, Teknik Asas Pengarahan, Teknik Pencahayaan, Rekaan Teaterikal, dan Rekabentuk pentas. Pada awalnya projek ini diadakan untuk penilaian dalam kelas, namun semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar, maka sebaiknya dipersembahkan di hadapan khalayak.