|
Fasiliti
Dalam memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pihak Kolej Yayasan Melaka amat mementingkan keselesaan dan keperluan pelajar dalam mengikuti perkuliahan, tutorial dan kerja amali. Sekolah Teknologi Media dan Seni dilengkapi dengan makmal komputer dan kemudahan internet dapat memudahkan pelajar mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan. Bagi pelajar animasi disediakan fasiliti yang bersesuaian dengan apa yang dipraktikkan dalam industri animasi. Studio TV, studio rakaman, bilik suntingan dan peralatan penggambaran disediakan bagi pelajar menjalankan kerja-kerja amali.
|
|