|
STMS Pentaskan Teater Gejolak Di UiTM
Oleh: Hassan Abdul Motalip
Pensyarah Sekolah Teknologi Media Dan Seni
ALOR GAJAH: Sekolah Teknologi Media Dan Seni (STMS) Kolej Yayasan Melaka (KYM) telah berjaya mementaskan teater ‘Gejolak’ di Dewan Bendahara Universiti Teknologi Mara di Lendu, Melaka pada 18 Mac lepas.
Pementasan yang mendapat sambutan menggalakkan tersebut dilaksanakan dengan gabungan pelajar Diploma Teknologi Media dan Diploma Teknologi Seni Teater itu adalah dengan kerjasama pelajar Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat UiTM.
Menurut Ketua Jabatan Seni, Norasnisa Abidin , pementasan itu telah menguji keupayaan pelajar untuk mengaplikasi teori dan teknik seni persembahan dalam bentuk praktikal iaitu tampil di atas pentas menerusi pementasan sebuah karya.
“Pementasan ini secara tidak langsung telahpun memperkenalan dunia atau bidang teater kepada pelajar di bawah organisasi yang besar dan mampu mengendalikannya apabila bergiat sebagai aktivitis teater di luar nanti,” katanya.
Beliau memberitahu, pengurusan produski seumpama ini mampu membentuk daya kreaviti dan inovatif di kalangan pelajar walaupun pementasan teater tersebut adalah sebahagian daripada syarat penganugerahan Diploma Teknologi Seni Teater.
“Pelajar-pelajar ini tidak terkongkong dengan kaedah teori semata-mata malahan mampu untuk mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari seperti asas seni lakon, pengarahan, pencahayaan, rekaan pentas dan rekaan teaterikal,” katanya.
Teater Gejolak dipentaskan oleh empat pelakon utama iaitu Zamri (Jay), Norazida (Mas), Laheera (Les Zar) dan Fahmie (Kar El).
Gejolak mengisahkan empat orang banduan iaitu Jay, Mas, Les Zar dan Kar El yang melakukan kesalahan berbeza tetapi ditempatkan di dalam satu sel dan merupakan tempat terakhir untuk mereka sebelum dijatuhi hukuman bunuh.
Jay atas kesalahan merogol, Mas telah membunuh suaminya, Les Zar sebab membunuh bapanya sendiri manakala Kar El hanya kerana mencuri sebiji telur ayam.
Bagaimanapun mereka akan dijatuhi hukuman yang sama iaitu hukuman mati tetapi mereka diberi pilihan untuk memilih apakah cara mereka akan dijatuhi humuman mati.
Hadir sama dalam majlis itu, Dato’ Prof. Madya Dr. Mizan Hitam, Koordinator Program, Zaini Saat, Dekan STMS, Mohamad Nawawi Saad dan Ketua Jabatan Media STMS, Abd Malik Daud.
Foto Sumbangan : En.Abd Malik




GEJOLAK DI UTUSAN MALAYSIA Klik Disini
|
|