|
Persembahan Teater:
Tiang Cengal
Dinding Sayung
Panggung Seri,
Taman Budaya Negeri Melaka,
18, 19 & 20 Julai 2008
8:30 malam
Masuk percuma
Teater yang bertajuk "Tiang Cengal Dinding Sayung" mengisahkan Jumaat adalah seorang nelayan pantai yang berjiwa besar. Walaupun dia hanya seorang nelayan tetapi beliau telah memberikan ilmu pengetahuan yang cukup kepada lima orang anak-anaknya.
Pada 26.12.2004, Tsunami telah melanda pantai Kuala Kedah. Jumaat hilang ditengah laut dipukul ombak besar ketika menjaring. Rakan-rakan yang bersama dengannya mati lemas dan mayat mereka ditemui jauh dari kawasan mereka menjaring. Namun sehingga hari ini mayat Jumaat tidak ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan usaha mencari mayat Jumaat.

Jimah,isteri Jumaat tidak percaya bahawa suaminya sudah mati selagi dia tidak menatap mayat suaminya. Jimah tidak berputus asa. Saban hari dia akan menanti kepulangan suaminya di tepi pantai hingga lewat malam.

Kehilangan Jumaat membuat anak-anaknya mula rasa tertekan. Masalah kerja dan permohonan cuti dari majikan-majikannya menjadi penghalang. Mereka mula menunjuk jari antara satu sama lain. Bak kata bidalan Melayu,"seorang bapa boleh besarkan dua belas orang anak dengan sempurna tetapi dua belas orang anak belum tentu dapat menjaga ibubapanya sehingga ke akhir hayat." Inilah kemelut yang sedang dihadapi oleh keluarga jumaat.
Nasib masih menyelebihi Jumaat. Dia terdampar di atas sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni. Kepulangan Jumaat telah menimbulkan rasa insaf anak-anaknya. Kekecohan tentang siapa yang patut menyara ibu tidak timbul lagi. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya dan ada rahmahnya. Dari bencana ombak besar tsunami itu, ia telah membuka semula mata hati anak-anak Jumaat betapa untungnya mereka mendapat seorang bapa yang boleh dijadikan contoh bukan untuk keluarganya sahaja malahan boleh diguna pakai untuk menjana kemajuan Negara.
 
 
PENYELIA & PENGARAH
Encik Yalal Abu Chin
PENASIHAT
Puan Noorasnisa Abidin
Encik Sahban Ismail
TENAGA PRODUKSI
PEN. PENGARAH
NURUL SAADAH YAACOB
PENGURUS PRODUKSI
NOR AIN NOR FASSAL
PEN. PENGURUS PRODUKSI
NORAINI HABIBI
PENGURUS PENTAS
SAMSINAR SANI
PEN. PENGURUS PENTAS
NURUL HIJAH RAMLI
PENGURUS SET & PROPS
RAFIDAH MOHD NASIR
NOR HASLINAWATI SHARUDIN
PENATAAN AUDIO
LATIFAH SAKIRAN
PENATAAN CAHAYA
LATIFAH SAKIRAN
KOSTIUM & TATARIAS
SHAIDATUL IRMA
NORHAN FAHMI
PEMASARAN
SITI SALWA
PENAJAAN
MONA FIARA
NORAZIDA
DOKUMENTASI
NURDIANA AFENDE
PENGURUS GRAFIK
ZARIF ZAWAWI ZAKRI
KEBAJIKAN & LOGISTIK
ERWANI ZAMRI
SITI NOOR HIDAYAH
|