Program Amal
Berbuka Puasa

Seramai 20 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim Fatimah Al Zaharah Bukit Katil diraikan dalam majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya di RS Park Hotel, Bandar Hilir,Melaka.

Ternyata wajah keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar pada raut wajah setiap anak-anak yatim yang menerima sumbangan berbentuk duit raya yang disampaikan oleh Pengurus Hotel RS Park sendiri iaitu Encik Azman Ibrahim.
Hadir sama, Encik Mohamad Nawawi Bin Saad selaku Dekan Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Yayasan Melaka ( STMS-KYM ), Ketua Jabatan Media STMS-KYM, Encik Abd Malik Bin Daud dan Puan Suhaiza Binti Sumadi iaitu Pensyarah Perhubungan Awam STMS-KYM.

Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya yang bertemakan “Pengorbanan Yang Mampu Membawa Kegembiraan Kepada Yang Memerlukan” ini yangdianjurkan oleh para penuntut Perhubungan Awam Semester Lima STMS-KYM yang terdiri daripada Pengarah projek Muhammad Nabeel Bin Ismay, Suhailah Binti Hamran serta Siti Aisha Binti Mohamed Sidit ini bertujuan untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan sikap ambil berat kepada mereka yang kekurangan serta tiada tempat bermanja selain
mendekatkan STMS-KYM dan pihak penaja dengan masyarakat terutama golongan yang memerlukan juga merupakan salah satu cara warga STMS-KYM dan pihak penaja melaksanakan tanggungjawab sosial.

Selain menerima sumbangan duit raya, golongan yang diraikan itu turut menerima “gooddies beg” serta menikmati hidangan lazat dan kuih-muih yang disediakan pihak penganjur. Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang itu tamat pada kira-kira jam 8.00 malam selepas sesi penyampaian cenderahati kepada pihak rumah anak yatim.