|
Pameran Diploma ke-12

Sekolah Teknologi Media Dan Seni Kolej Yayasan Melaka akan mengadakan Diploma Show 2008 kali ke-12 bermula dari 14 Julai hingga 20 Julai depan. Pameran hasil kerja pelajar akan berlangsung selama lima hari bermula dari 14 hingga 18 Julai di Kolej Yayasan Melaka, sementara Persembahan Seni Teater diadakan pada 19 dan 20 Julai jam 8.30 malam di Taman Budaya Ayer Keroh.
Seramai 64 pelajar semester akhir dalam bidang Diploma Teknologi Media (DTM), Diploma Teknologi Animasi (DTA) dan Diploma Teknologi Seni (DTS) menyertai diploma show kali ini.
- Diploma Teknologi Animasi (DTA) :12 pelajar
- Diploma Teknologi Media (DTM) : 34 pelajar
- Diploma Teknologi Seni Teater (DTS) :17 pelajar
Diploma Show ini bertujuan untuk menilai hasil kerja dan kreativiti pelajar-pelajar melalui satu sesi penilaian oleh panel yang dipilih. Sebanyak enam kategori anugerah terbaik bagi setiap bidang diperkenalkan dalam diploma show kali ini iaitu Kategori Animasi Terbaik, Kategori Penyiaran Terbaik, Kategori Pengiklanan Terbaik, Kategori Kewartawanan Terbaik, Kategori Perhubungan Awam Terbaik dan Kategori Pengurusan Teater Terbaik.
Beberapa buah syarikat media termasuk syarikat penerbitan, penyiaran dan animasi juga dijemput mengadakan pameran sempena majlis ini. Sehubungan itu, pihak luar khususnya syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri media berpeluang untuk menilai kemampuan pelajar-pelajar ini dan boleh membuka peluang pekerjaan kepada mereka dalam sesi temuduga terbuka.
Majlis Perasmian Penutup akan berlangsung pada Jumaat, 18 Julai 2008 jam 9 pagi dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Negeri Melaka, Datuk Yaakub Md Amin.
  
|
|