|
Hari Keluarga

Buat julung kalinya Sekolah Teknologi Media dan Seni (STMS), Kolej Yayasan Melaka (KYM) telah mengadakan Hari Keluarga STMS pada hari Khamis, 24 Julai 2008.
Seramai 150 orang pelajar, pensyarah dan kakitangan STMS telah menyertai program yang diadakan di Pantai Puteri, Klebang, Melaka. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga STMS yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan. Hari Keluarga STMS dengan temanya Keluargaku STMS telah diadakan selama satu hari dan diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti sukaneka, cabutan bertuah, persembahan pelajar dan BBQ.
Antara sukaneka yang dipertandingkan seperti Kudaku Lari Kenchang, Air Penerang Hati, Istana Pasir, serta diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada para pelajar.
Kumpulan Gamat muncul sebagai pasukan terbaik pada hari itu dengan mengalahkan lima pasukan yang lain iaitu Dolphin, Starfish, Jellyfish, Belangkas dan Sea Horse.
Acara penutup pada petang itu ialah penyampaian sijil oleh Dekan STMS, Encik Mohamad Nawawi bin Saad kepada para pelajar tahun akhir yang menyertai Diploma Show ke-12 STMS yang lalu.




|
|