Diploma Teknologi Animasi

Animasi antara bidang yang semakin diminati oleh generasi pelajar alaf baru. Perkembangan teknologi animasi di peringkat global menyuntik naluri kreatif kepada golongan pelajar muda yang menyedari potensi besar dalam bidang ini. Pengajian ini akan menggabungkan bidang animasi secara tradisional dan teknologi komputer untuk pelbagai fungsi dan penggunaan dalam industri penyiaran, teknologi maklumat, pendidikan dan hiburan. Selain dari itu mereka juga akan didedahkan kepada maklumat penggunaan media yang berkaitan dengan bidang animasi sebagai penerbitan video dan perfileman.

Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar untuk mengkaji teknik-teknik persembahan animasi dari sudut psikologi, etika, estetika, kesan-kesan khas pergerakan dan suara, jalan cerita, kemahiran dalam teknik-teknik rekaan animasi dan teknik-teknik rekabentuk teknologi digital. Kemahiran-kemahiran ini didedahkan untuk menggalakkan penciptaan baru, persembahan-persembahan audio visual dan komputer yang lebih canggih, berkesan dan bermakna, yang mengambil kira elemen psikologi, estetika, etika, kualiti dan hiburan.

Hasil Pembelajaran (Program Outcome)
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

  • PO1 Pelajar dapat memahami proses penghasilan animasi secara teori dan praktikal.Pelajar dapat memahami Principles of Animation.Pelajar dapat memahami asas senilukis dan senireka.
  • PO2 Pelajar dapat mengaplikasikan Principles of Animation dalam karya animasi mereka.Pelajar mampu mempraktikkan pengetahuan dlm teknologi komputer utk menghasilkan animasi. Pelajar mampu mempraktikkan prinsip senireka dalam menghasilkan karya.
  • PO3 Pelajar dapat mengenalpasti masalah dan menyelesaikannya mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar mampu menghasilkan ide-ide baru dalam berkarya.
  • PO4 Pelajar berupaya mengaplikasi dan mengadaptasi kemahirannya di alam pekerjaan.
  • PO5 Pelajar dapat berkomunikasi dgn bahasa teknologi dan seni di persekitaran yg berbeza. Pelajar mampu berhujah mempertahankan setiap ide yg dihasilkan.
  • PO6 Pelajar mampu menyampaikan mesej dan kritikan sosial masyarakat dlm karya mereka.
  • PO7 Pelajar mampu berdisiplin dan bersikap profesional bila menghasilkan karya dlm waktu yg ditetapkan.
  • PO8 Pelajar mampu menjana keuntungan dari karya mereka.

Syarat Kemasukan
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran matapelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Seni, dan
  • Satu subjek lain

Perlaksanaan
Program dijalankan secara sepenuh masa

Tempoh Pengajian
Program: Diploma.
Tempoh Minimum Semester: 3 tahun atau 6 semester.
Tempoh Maksimum Semester: 5 tahun atau 10 semester.

Tatacara Pengajian
Kaedah pengajaran melalui bilik kuliah, tutorial dan latihan amali.

Pengendalian Kuliah Dan Akademik
Kolej Yayasan Melaka akan mengendalikan sepenuhnya dalam aspek pentadbiran, pengurusan akademik, pengambilan pelajar dan promosi.

Bahasa Pengantar
Calon-calon akan melalui proses pembelajaran dengan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Sesi Pengambilan
Sesi pengambilan pelajar-pelajar baru pada setiap tahun adalah pada :

  • Januari
  • Julai

Skema Pengajian
Skema pengajian mengikut semester: Klik disini