|
Aluan Dekan
Assalamualaikum wr wbt dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya, dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam Laman Web Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Yayasan Melaka (STMS).
Diharap dengan adanya laman web ini dapat memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada masyarakat untuk mengetahui dan mengenali STMS, secara lebih dekat. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua para pelanggan (pelajar) kami yang sedang dan telah menamatkan pengajian di kolej ini, semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.
STMS akan terus menerus berusaha untuk meningkatkan lagi prestasinya sebagai sebuah institusi pendidikan media dan animasi yang mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi kehendak pasaran industri .
Melalui laman web ini juga pengujung akan dapat melihat dan menilai kualiti hasil kerja graduan yang telah dan sedang dilahirkan oleh sekolah ini serta kursus-kursus yang ditawarkan.
Akhir kata, sekali lagi saya memohon kepada Ilahi agar maklumat yang disediakan dalam laman web ini berhubung dengan perkhidmatan, perkembangan dan sebagainya dapat memberi manfaat yang baik kepada kita semua.
Sekian, Wasalam
Mohamad Nawawi Bin Saad
Dekan,
Sekolah Teknologi Media & Seni
|
|