Laman UtamaSistem Pengesanan GraduanAturcara Yuran Konvokesyen Pengambilan Jubah Raptai Etika Pakaian
Tetamu Pengiring Pengambilan Gambar Majlis KonvokesyenPemulangan JubahMajlis Makan Malam Graduan 2018
 

PEMULANGAN JUBAH, MORTAR BOARD DAN HOOD

Graduan WAJIB memulangkan Jubah Konvokesyen / mortar board dan hood terlebih dahulu sebaik sahaja selepas majlis penganugerahan berakhir.

Pemulangan jubah adalah mengikut ketetapan berikut :

Tarikh        : 8 September 2018 ( Sabtu )
Tempat      : DK1 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Masa             : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang

NOTA PENTING:

Graduan yang ingin menggunakan jubah selepas tempoh pemulangan untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga akan dikenakan bayaran sewaan RM75.00 sehari untuk jubah. Selewat-lewat penggunaan jubah adalah sehari selepas majlis konvoksyen. Selepas dari tarikh tersebut graduan akan dikenakan DENDA.

Sijil / Diploma dan transkrip akademik akan dikeluarkan mulai :

Tarikh         : 8 September 2018 (Sabtu)
Masa             : 12.00 tengahari hingga 5.00 petang
Tempat      : Jabatan Peperiksaan & Rekod KAYM

Sijil / Diploma dan transkrip graduan hendaklah dituntut dari pihak kolej dalam tempoh 90 hari dari hari tarikh Majlis Konvokesyen. Sekiranya graduan tidak membuat tuntutan, pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan dan sebagainya.

Sekiranya graduan tidak dapat hadir ke kolej untuk menuntut sijil/diploma dan  transkrip, pihak kolej boleh menghantar kepada pelajar melalui kiriman pos laju. Graduan hendaklah membeli wang pos sebanyak RM30 dan hantarkan bersama surat rasmi kepada Jabatan Rekod dan Peperiksaan KAYM.

Graduan yang kehilangan dan kerosakan transkrip dan skrol sila buat laporan polis terlebih dahulu dan serahkan salinan laporan kepada Jabatan Rekod dan Peperiksaan berserta surat permohonan untuk mencetak semula transkrip dan skrol. Bayaran untuk percetakan semula transkrip dan skrol adalah seperti berikut :

KEHILANGAN / KEROSAKAN BAYARAN CETAKAN SEMULA
SKROL RM200
TRANSKRIP RM10
DENDA RM80
PENGHANTARAN RM50


KONVOKESYEN KE 16 KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 16 dan Majlis Makan Malam Graduan 2018 untuk meraikan kejayaan graduan dalam pelbagai bidang. Majlis yang gemilang ini akan menyaksikan penyampaian skrol dan sijil kepada para graduan. 8 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang mewakili 9 buah sekolah dan pusat pengajian. Seorang pelajar akan menerima Anugerah Emas Konvokesyen dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Makan Malam Graduan 2018
Tarikh :  7 September 2018
Tempat :  Ramada Plaza Melaka
Majlis Konvokesyen ke 16
Tarikh :  8 September 2018
Tempat :  Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka