Laman UtamaSistem Pengesanan GraduanAturcara Yuran Konvokesyen Pengambilan Jubah Raptai Etika Pakaian
Tetamu Pengiring Pengambilan Gambar Majlis KonvokesyenPemulangan JubahMajlis Makan Malam Graduan 2018
 

MAJLIS KONVOKESYEN

Pendaftaran Graduan

Graduan yang mendaftar lewat dari tempoh masa pendaftaran yang telah ditetapkan TIDAK DIBENARKAN menyertai Majlis Konvokesyen.

Graduan yang hadir pada hari penganugerahan dikehandaki ke Dewan Konvokesyen antara 7.00 pagi hingga 7.45 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan graduan TIDAK DIBENARKAN memasuki Dewan Konvokesyen.

Graduan juga dinasihatkan agar bersarapan pagi lebih awal sebelum mendaftar diri.

Graduan diminta untuk TIDAK membawa bersama sebarang beg / beg tangan, kamera, telefon bimbit, atau sebagainya semasa berkumpul untuk perarakan masuk ke dewan kecuali PEN untuk menulis nama pada KAD PENYEBUT NAMA.

Panduan Kepada Graduan Semasa Majlis

PENTING DAN SILA BACA DENGAN TELITI:

Semasa majlis sedang berlangsung, graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.

Semua telefon bimbit MESTI dimatikan.

SEMUA GRADUAN TIDAK DIBENARKAN MENINGGALKAN DEWAN SEHINGGA SELESAI MAJLIS KONVOKESYEN

Apabila nama graduan diumumkan, pelajar diminta untuk berjalan terus ke arah pemberi anugerah, tunduk sebagai tanda hormat dan bergerak turun dari pentas untuk kembali ke tempat duduk dengan bantuan petugas.


KONVOKESYEN KE 16 KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 16 dan Majlis Makan Malam Graduan 2018 untuk meraikan kejayaan graduan dalam pelbagai bidang. Majlis yang gemilang ini akan menyaksikan penyampaian skrol dan sijil kepada para graduan. 8 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang mewakili 9 buah sekolah dan pusat pengajian. Seorang pelajar akan menerima Anugerah Emas Konvokesyen dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Makan Malam Graduan 2018
Tarikh :  7 September 2018
Tempat :  Ramada Plaza Melaka
Majlis Konvokesyen ke 16
Tarikh :  8 September 2018
Tempat :  Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka