Laman UtamaSistem Pengesanan GraduanAturcara Yuran Konvokesyen Pengambilan Jubah Raptai Etika Pakaian
Tetamu Pengiring Pengambilan Gambar Majlis KonvokesyenPemulangan JubahMajlis Makan Malam Graduan 2018
 

TETAMU PENGIRING DAN KAD MASUK

Setiap graduan akan diberi satu (1) Kad Masuk untuk kebenaran kepada HANYA dua (2) orang ibu bapa / tetamu memasuki Dewan Konvokesyen.
(Kad masuk ini ada disertakan bersama semasa pengambilan jubah)

Hanya ibu bapa / tetamu yang membawa Kad Masuk DIBENARKAN masuk ke dalam Dewan Konvokesyen.

Etika pakaian untuk para ibu bapa / tetamu adalah “Lounge Suit“ berserta tali leher atau Batik. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ibu bapa / tetamu TIDAK DIBENARKAN memasuki Dewan konvokesyen.

Had umur tetamu MESTI berusia tidak kurang dari dua belas (12) tahun.

Ibu bapa / tetamu adalah diminta untuk memasuki Dewan Konvokesyen dan mengambil tempat duduk mulai jam 7.45 pagi hingga 8.00 pagi sebelum majlis bermula. Ibu bapa / tetamu TIDAK DIBERNARKAN masuk setelah pintu ditutup.

Semasa majlis sedang berlansung, ibu bapa / tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising. Semua telefon bimbit MESTI dimatikan.

Ibu bapa / tetamu DILARANG meninggalkan Dewan Konvokesyen sepanjang Majlis Konvokeysen berlangsung.

 


KONVOKESYEN KE 16 KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 16 dan Majlis Makan Malam Graduan 2018 untuk meraikan kejayaan graduan dalam pelbagai bidang. Majlis yang gemilang ini akan menyaksikan penyampaian skrol dan sijil kepada para graduan. 8 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang mewakili 9 buah sekolah dan pusat pengajian. Seorang pelajar akan menerima Anugerah Emas Konvokesyen dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Makan Malam Graduan 2018
Tarikh :  7 September 2018
Tempat :  Ramada Plaza Melaka
Majlis Konvokesyen ke 16
Tarikh :  8 September 2018
Tempat :  Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka