Laman UtamaSistem Pengesanan GraduanAturcara Yuran Konvokesyen Pengambilan Jubah Raptai Etika Pakaian
Tetamu Pengiring Pengambilan Gambar Majlis KonvokesyenPemulangan JubahMajlis Makan Malam Graduan 2018
 

ETIKA PAKAIAN MAJLIS KONVOKESYEN

Pakaian Graduan Semasa Majlis Konvokesyen

Graduan Lelaki

Memakai “Lounge Suit” ( kot atau blazer ) berwarna hitam / gelap berserta baju dan tali leher (yang wajib dibeli sewaktu pengambilan jubah dengan harga RM30.00)

ATAU

Pakaian kebangsaan (Baju Melayu cekak musang berbutang lengkap, bersamping songket hitam) dan kasut hitam bertutup.

Graduan beragama sikh dibenarkan memakai TURBAN BERWARNA HITAM sahaja.


Mortar Board, Jubah dan Hood disediakan oleh KAYM.

Graduan Perempuan

Memakai baju kurung / kebarung / kebaya tanpa belah ATAU pakaian warna bebas ATAU pakaian kebangsaan. Kadar labuh kain ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle). Pakaian itu juga hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.

Dilarang mengenakan pakaian kain jenis jarang / LACE bersyarat mempunyai “LINING”.

Pakaian berbentuk seluar adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali pakaian kebangsaan masyrakat Punjabi.

Graduan yang bertudung dikehendakki mengenakan TUDUNG BERWARNA mengikut kesesuaian warna jubah graduan.

Kasut hitam bertutup penuh dan bertumit. Sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Mortar Board / Jubah / Hood disediakan oleh KAYM.

GRADUAN KELAINAN UPAYA

Graduan kelainan upaya OKU (cacat atau kemalangan) yang memerlukan bantuan perlatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada sekretariat Majlis Konvokesyen ke 16.



PERHATIAN:

Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan seperti dinyatakan. Graduan yang GAGAL MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN yang dinyatakan, Petugas Majlis Konvokesyen TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN masuk ke dalam Dewan Konvokesyen KAYM.

 


KONVOKESYEN KE 16 KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 16 dan Majlis Makan Malam Graduan 2018 untuk meraikan kejayaan graduan dalam pelbagai bidang. Majlis yang gemilang ini akan menyaksikan penyampaian skrol dan sijil kepada para graduan. 8 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang mewakili 9 buah sekolah dan pusat pengajian. Seorang pelajar akan menerima Anugerah Emas Konvokesyen dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Makan Malam Graduan 2018
Tarikh :  7 September 2018
Tempat :  Ramada Plaza Melaka
Majlis Konvokesyen ke 16
Tarikh :  8 September 2018
Tempat :  Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka