Laman UtamaSistem Pengesanan GraduanAturcara Yuran Konvokesyen Pengambilan Jubah Raptai Etika Pakaian
Tetamu Pengiring Pengambilan Gambar Majlis KonvokesyenPemulangan JubahMajlis Makan Malam Graduan 2018
 

YURAN KONVOKESYEN

Semua graduan adalah DIWAJIBKAN membuat bayaran yuran konvokesyen walaupun graduan hadir atau tidak hadir ke Majlis Konvokesyen.

Graduan tidak akan dapat menuntut sijil dan transkrip sekiranya gagal membayar yuran konvokesyen.

Kadar yuran konvokesyen adalah seperti berikut :

Diploma / Sijil, Transkrip, Majlis Makan Malam Graduan, Majlis Konvokesyen dan gambar = RM360.00

YURAN / LAIN-LAIN BAYARAN / HUTANG TERTUNGGAK

Graduan perlu menjelaskan semua bayaran / hutang tertunggak sebelum mengambil jubah.

Graduan yang gagal menjelaskan semua bayaran selepas tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut:

a. Tidak dibenarkan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen dan Majlis Makan Malam Graduan.

b. Diploma/ Sijil dan Transkrip akan ditahan oleh pihak kolej.

Jabatan Kewangan akan menghantar surat peringatan tunggakan kepada semua graduat sebelum hari konvokesyen berlangsung dan tunggakan yang tertera di surat peringatan tersebut telah termasuk yuran konvokesyen.

Kaedah Bayaran yuran konvokesyen atau tunggakan adalah seperti berikut :

a. Bayaran TUNAI dikaunter pembayaran di bahagian kewangan KAYM sebelum atau semasa urusan pinjaman.

b. Bayaran melalui WANG POS / KIRIMAN WANG / CEK atas nama KOLEJ YAYASAN MELAKA SDN BHD hendaklah sampai ke KAYM selewat-lewatnya sebelum 25 Ogos 2018 bagi graduan yang hadir atau tidak ke Majlis Konvokesyen.

c. Pembayaran ke Akaun CIMB 8004666176
Bukti slip pembayaran sila email atau fakskan 06-2817619 (utk perhatian: Bhg Kewangan)kepada En Dzulkifli Bin Othman (dzul@kym.edu.my) dan Puan Norashikin binti Ithnin (norashikin.i@kym.edu.my) dan juga boleh menghubungi di talian 06-2817732 sambungan 280 dan 225.

 




KONVOKESYEN KE 16 KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 16 dan Majlis Makan Malam Graduan 2018 untuk meraikan kejayaan graduan dalam pelbagai bidang. Majlis yang gemilang ini akan menyaksikan penyampaian skrol dan sijil kepada para graduan. 8 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang mewakili 9 buah sekolah dan pusat pengajian. Seorang pelajar akan menerima Anugerah Emas Konvokesyen dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Makan Malam Graduan 2018
Tarikh :  7 September 2018
Tempat :  Ramada Plaza Melaka
Majlis Konvokesyen ke 16
Tarikh :  8 September 2018
Tempat :  Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka