Laman UtamaSistem Pengesanan GraduanAturcara Yuran Konvokesyen Pengambilan Jubah Raptai Etika Pakaian
Tetamu Pengiring Pengambilan Gambar Majlis KonvokesyenPemulangan JubahMajlis Makan Malam Graduan 2018
 

SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG I)

Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I;

1) Layari laman rasmi SKPG I di graduan.mohe.gov.my (tanpa tambahan perkataan lain selepas .my)
2) Seterusnya, sila klik butang Log masuk. 
3) Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat No.KP/Passport, Institusi, Nama Institusi,
4) Klik Hantar/Submit

Sekiranya graduan menghadapi masalah untuk akses atau sebarang kesulitan untuk meneruskan soal selidik ini, pihak IPT boleh maklumkan kepada pihak Tracer Study menerusi emel berserta maklumat berikut;
1. No.kp/passport                          
2. No.matrik                                                  
3. Nama Penuh               
4. Browser yang digunakan (eg. Mozilla firefox, Internet Explorer, Google Chrome, dsb)                
5. Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan bersama screenshot/printscreen paparan penuh masalah tersebut)                          

Untuk perhatian pihak tuan/puan, seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak kami akan menghantar laporan ringkas kepada pihak IPT yang berjaya mencapai kadar respons sekurang-kurangnya 60 peratus sahaja. Sehubungan itu, pihak kami berharap sasaran tersebut dapat dicapai bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih komprehensif. Antara kaedah yang sering diguna pakai oleh IPT ialah dengan mewajibkan slip kajian bagi pengambilan jubah/skrol. 

Sila berhubung dengan pihak kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung Kajian ini. 

Segala kerjasama amatlah dihargai 

Sekian, terima kasih 

 

Yang Menjalankan Tugas, 
Mariyah Jamilah Kamis

Unit Kajian Pengesanan Graduan KPM

tel   : 03-8870 5115

emel : tracer_ipts@moe.gov.my / tracer.ipts@gmail.com


KONVOKESYEN KE 16 KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke 16 dan Majlis Makan Malam Graduan 2018 untuk meraikan kejayaan graduan dalam pelbagai bidang. Majlis yang gemilang ini akan menyaksikan penyampaian skrol dan sijil kepada para graduan. 8 orang graduan akan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang yang mewakili 9 buah sekolah dan pusat pengajian. Seorang pelajar akan menerima Anugerah Emas Konvokesyen dipilih berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tempoh pengajian.

Majlis Makan Malam Graduan 2018
Tarikh :  7 September 2018
Tempat :  Ramada Plaza Melaka
Majlis Konvokesyen ke 16
Tarikh :  8 September 2018
Tempat :  Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka