Pengenalan

Kolej Yayasan Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula mengeluarkan graduannya yang pertama pada tahun 2000 berjumlah 1400 orang. Sehingga tahun 2004, Kolej Yayasan Melaka telah mengeluarkan seramai 5,288 orang graduan. Memandangkan pertambahan graduan yang meningkat setiap tahun, maka Kolej Yayasan Melaka mengambil inisiatif untuk menubuhkan Unit Perhubungan Alumni, di bawah Jabatan Perhubungan Awam (PRO).

Tahun demi tahun graduan Kolej Yayasan Melaka semakin meningkat dan sehingga bulan April 2007, seramai 12,355 orang graduan telah berjaya dikeluarkan oleh kolej ini. Bagi mengekalkan hubungan di antara kolej dengan graduan, maka pada 1 November 2006 secara rasminya Pusat Alumni Kolej Yayasan Melaka ditubuhkan.

Dalam tempoh 10 tahun penubuhannya, Kolej Yayasan Melaka telah berjaya melahirkan graduan dalam pelbagai bidang ilmu pengurusan. Ia merupakan tempoh masa yang amat muda bagi sesebuah kolej, namun usia bukanlah menjadi ukuran apabila ia berjaya mengeluarkan lebih dari 21 orang graduan kelas pertama. Penyatuan siswazah ini di bawah satu persatuan, yang dinamakan persatuan Alumni diharapkan dapat membantu dalam menyumbang ke arah pembangunan dan kecemerlangan kolej serta membentuk rangkaian antara ahli di setiap pelosok tanah air.

Persatuan ini sekiranya diatur dengan sistematik akan dapat menjadi sebuah persatuan yang cukup kuat dan mantap serta dapat bergerak dengan kepelbagaian aktiviti ke arah membina jaringan perhubungan di antara sesama ahli dan Kolej Yayasan Melaka. Adalah menjadi harapan agar para alumni Kolej Yayasan Melaka akan menjadi contoh terbaik dan terus melibatkan diri dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan kolej dan para mahasiswa.
Dengan ini penubuhan Pusat Alumni akan dapat memainkan peranan:

1. Menjalinkan hubungan kerjasama di antara alumni dan KYM bagi membantu pelajar-pelajar serta bakal graduan dalam mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan kerjaya.
2. Melaksanakan kajian pengesanan graduat dan menjejaki alumni secara berterusan.
3. Mengemaskini pengkalan data alumni melalui "Kajian Tracer Alumni"
4. Menjadi pengantara bagi Persatuan Alumni dengan KYM.
5. Membantu graduan KYM mendapatkan pekerjaan melalui jaringan hubungan sesama alumni yang telah berkerjaya.

     
Pendaftaran Alumni
Adakah anda belum mendaftar?
Sila Daftarkan Saya !

Atau anda ingin mengemaskinikan maklumat terbaru?
Login ke alumni KYM !
Hubungi kami:
Pusat Alumni
Kolej Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel: 06 – 2817732 extn. 326
atau Emel: alumni@kym.edu.my