SeUlas Bicara


Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kerana kita masih lagi di beri nafas dan umur yang panjang untuk menjalankan tugas seharian.
Pusat Alumni yang masih muda ini telah melalui beberapa pertukaran pengurusan sehinggalah kehari ini dimana sebelum ini ianya di kendalikan oleh En. Mohd Zamri Bin Abd. Ghani. Namun bermula pada 7hb. Jan 2008 pengurusan Alumni KYM telah diberikan kepada saya bagi menggantikan En. Mohd Zamri kerana beliau melanjutkan pelajaran. Kolej Yayasan Melaka dan Alumni mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dan mendoakan kejayaan beliau dalam bidang yang diceburi.

Unit Alumni telah wujud sejak 1 Julai 2003 dan pada masa itu diletakkan di bawah Jabatan Perhubungan Awam. Bermula pada 1 November 2006 Pusat Alumni telah ditubuhkan, aktiviti yang melibatkan alumni akan diuruskan oleh pusat ini. Keahlian alumni terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Yayasan Melaka yang telah menamatkan pengajian, secara keseluruhannya seramai 12,355 orang pelajar Kolej Yayasan Melaka telah menamatkan pengajian. Sehingga kini keahlian alumni sentiasa meningkat dan terdiri daripada pelajar lepasan ijazah, diploma dan sijil.

Dengan adanya Pusat Alumni ini, ia merupakan satu wadah yang mampu memberi manfaat kepada para alumni untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Bukan sahaja kepada ahli alumni tetapi juga kepada kakitangan dan masyarakat luar juga boleh mendapat faedah dengan kewujudan pusat ini. Pusat ini juga diharap boleh membantu mempromosikan Kolej Yayasan Melaka dengan rangkaian ahlinya yang berada di seluruh Malaysia.

Kita juga amat berbangga kerana ada di kalangan alumni Kolej Yayasan Melaka mendapat pekerjaan yang baik dan ada yang menjawat jawatan eksekutif di luar negara, ini membuktikan bahawa graduan Kolej Yayasan Melaka juga mampu bersaing diperingkat global dan menjadi insan yang berkualiti. Justeru itu, nyata dan jelas sekali bahawa Kolej Yayasan Melaka telah berjaya menyahut saranan kerajaan dalam menghasilkan modal insan kelas pertama dan graduannya juga mudah diterima oleh pasaran pekerjaan.

Mari kita imbas kembali kenangan manis dan pahit semasa saudara/ri berada di KYM. Pelbagai cerita, gambar, nukilan, sajak, lagu, gurindam dan sebagainya yang menggambarkan suasana semasa berada di KYM, boleh di hantar kepada kami untuk di paparkan melalui laman ini untuk tatapan semua teman di luar sana. Kalau nak berkongsi pengalaman dan peluang kerja sekarang juga boleh dikongsikan bersama. Ayuh beritahu kepada semua teman anda interaktif yang akan diujudkan melalui laman ini.

Akhir sekali, merangkap pengurus Pusat Alumni Kolej Yayasan Melaka saya amat mengalu-alukan penyertaan dari bekas-bekas pelajar KYM agar dapat mendaftarakan diri melalui laman web ini dan sentiasa mengikuti perkembangan KYM. Sekiranya ada cadangan dan idea-idea bernas untuk memberikan nafas baru seterusnya mempertingkat kualiti perkhidmatan dan memperkembang pusat ini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
EN. JUMARI BIN KORIN
Pengurus
Pusat Praktikum, Kerjaya dan Alumni
Kolej Yayasan Melaka

     
Pendaftaran Alumni
Adakah anda belum mendaftar?
Sila Daftarkan Saya !

Atau anda ingin mengemaskinikan maklumat terbaru?
Login ke alumni KYM !
Hubungi kami:
Pusat Alumni
Kolej Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel: 06 – 2817732 extn. 326
atau Emel: alumni@kym.edu.my